Tuesday, September 30, 2008

KENE TAG!!



Tak penah penah kene TAG seumur hidop. Tetibe kali ni kene tag plak. Budak
|r|i|t|z| nih lah punye keje! Hehehe... Apo kobondo tag tuh.. Mampos tak reti! Takpelah.. Demi tidak di tuduh antisosial dan anti majlis majlis kemasyarakatan.. Kite jawab jugek lah tag itteww..

* link to your tagger and post these rules on your blog
* share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
* tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to
their blogs
* let them know they're tagged by leaving a comment on their blog

1. Kasut

-
Kasut latest takde.. Tapi last beli kasut ialah kasut Adidas putih ade stripes kaler hitam. Adek kite cakap tuh kasut jantan buat main futsal. Tapi ADO AKU KESOH?! Dah kite suker kannnnn! HIKS!

2. Korek

- Korek tabunggggggggg!!!!!!! Hehehehehehe! Sebab tu tak penah ade tabung. Sebab sumer tabung tak berguna! Kalau tabung tu berjaya dikorek maknanya tabung tu gagal menjalankan tugasnya sebagai seekor tabung! Mencik tabung berbentuk 'BA ALIF BA YA' itteeww!

3. Buah

- Buah ekk.. Bukan jenis fruit diet sangat.. Tapi ade gaklah buah buah feberet.. Buah longan, buah laici, buah rambutan, buah pulasan dan berbagai bagai buah lagik..

4. Warna

- Memang terkenal dengan koleksi baju baju hitam pon.. Hmm... Rasenye sumer baju kite pon hitam wak... Corak jer tukar tukar tapi kaler tetap hitam. Kekadang sampaikan orang ingat kite pakai baju same tak basuh wak.. Sedeyh!

5. Lesen

- Lesen kete dgn motor jerk yang ade.. Dulu ade scooter Karisma.. Syiokk wooo jalan jalan sambil kepit kepit peha.. Feeling die semacam jerk bile orang pandang kite.. Hik hik hik...

6. Perfume

- Banyak kot... Nak sebut satu satu cam malas. Tapi yang feberet and selalu beli tiap kali habis ialah Channel Chance dengan Christian Dior Addict 2. Kire dah jadik macam signature lar... Asal orang bau jer Channel Chance dengan Dior Addict 2 tu orang mesti ingat tu bau kite..

7. Hobi

- Hobi banyak.. Suke cube sumer bende walaupon pada mule nyer kite akan buat muke cam tak suke or tak berkenan. But always open to try new things.. Most of the time sker tengok wayang bersama ahli ahli wajib tayangan perdana (movie buffs) katenye.. And bile time duit berkepok suke beli barang hiasan rumah, decorate rumah or memandai mandai kasik idea untuk decorate kan rumah orang laen. Tak masal kannnn.... Tak tahu tuan rumah suker ke tak tapi still nak gatal molot kasik idea or tema untuk rumah orang. Hahahahaaha! Tabiat yang tak boleh diubah. Suka makan and jadi pengkritik tak bertauliah kalo makanan tu sedap ke tak sedap, sampaikan dah dapat crown (food icon). Suke belajar new things and oso skang dah sker masuk treasure hunting plak dah! Banyak gak masuk treasure hunting neh. Group kiteorang name 'First At Play' bukan foreplay taw! Hiks!


Maka dengan ini terjawab lah sudah segala soklan soklan yang telah di TAG itteww... Diharap semoga dengan kerjasama yang diberikan ini, berjaya memuaskan hati nurani Encik |r|i|t|z| yang budiman itteww.. Terima kaseh kerna telah menge'tag' saye.. Hehehehe...


Trimas..

AsmidarShahrizal


Thursday, September 11, 2008

SUMMERS COLLECTION MEN IN UNIFORM OFFICIALLY OVER!!



People around keeps on 'menghantui' me bout my 'Men in uniforms collections'. Menyebabkan i terpaksa mengeksploitasikan blog sendiri sebagai medan press conference.. Never in my small brain i imagine i am forced to write such statement in my HOLY blog.. But, keadaan memaksa.. So.. Be it!

Baheklah... Di sini i dengan segala rase bangga riak dan takbur yang terbeban di atas batu jemala i, dengan ini mengisytiharkan bahawa 'SUMMERS COLLECTION MEN IN UNIFORM 2008 OFFICIALLY OVER!'

Cukup setakat itteww! NOKTAH! TITIK BERTINDIH! Jangan tanya lagik ape jadik dengan 'tuuttt..' ataupon jangan tanya lagi pasal 'air kopi' yang tak pernah dihidangkan itteew! I dun do 'repeat orders' and all collections will not be publish for the second time. Paham!

Astaghfirullah... Maafkan i.. I ter'emo' sket tadi.. Skang i dah occay. Baeklah, demi memenuhi permintaan peminat peminat i yang sukerrrrrr sangat dengan koleksi koleksi i ittewww.. Untuk projek akan datang i akan mulekan koleksi baru uolss... More to 'WINTERS COLLECTION 2008', tapi takde konsep and idea lagik... Tah jantan dari negara mana lar plak aku nak hangkut kali ni. Hehehehe...

Sampai di sini saje... Tunggu hupdate seterusnye tawww... Toodless!


*Matilarr pecah lovang sendiri.. LORDD!! Take the wheel LORDD!! Please take the wheel!



Seperti selalu lah kannn....

AsmidarShahrizal


Tuesday, September 2, 2008

TEMAN TIKA TUA



Diam tak diam, hari ini sudah masuk 2 hari berpuasa. Ramadhan datang sehari selepas sambutan kemerdekaan kita yang ke 51. Agak hambar sambutan tahun ini jika dibandingkan dengan tahun tahun sebelumnya. Sama ada kerana bajet ketat mahu pun kerana gelodak politik yang maha hebat bergolak kebelakangan ini, kemerdekaan tahun ini sememangnya mati. Tiada seri.


Baiklah. Cukup disitu tentang politik kita. Malas mahu mengulas lebih. Rasanya semua pun sudah maklum dengan situasi negara kita kini..

Perjalanan hidup agak sibuk akhir akhir ini. Banyak agenda dan pembaharuan yang terpaksa dicerna dan masih dalam proses penerimaan. Pahit, namun tidak dapat dibidas jauh dari realiti. Apa yang telah dan akan berlaku terpaksa dihadapi dengan otak yang cuba distabilkan dengan pendekatan pro dan kontra. Langit tidak selalu cerah. Bukan semua yang kita rancangkan menjadi lancar tanpa sebarang bongkah batu besar yang mampu menghadang perjalanan kita bukan? Jadi apa yang mampu dilakukan hanyalah redha dan cuba menerima sebaik mungkin pembaharuan itu..

Peranan rakan ketika otak sedang berkecamuk, sememangnya menjadi keutamaan. Namun bagaimana pula jika rakan yang diharapkan tidak mendatangkan tenang, sebaliknya menambah kekusutan. Rakan yang mementingkan diri sendiri, yang langsung tidak sensitif dengan keadaan orang lain dan rakan yang mempunyai berbagai bagai jenis 'angin'.

Mampu mengenal pasti pelbagai jenis karektor manusia, kadang kala memberi kelebihan pada diri kita dalam menilai sesebuah persahabatan itu. Sejauh mana kejujuran dan setinggi mana keikhlasan seseorang rakan itu. Secara jujur boleh dinyatakan disini, lebih banyak kekecewaan dari kebanggaan..

Agak lama semenjak kali terakhir saya meluangkan masa untuk membaca muka blog rakan rakan. Sehinggalah pagi ini, saya berkesempatan membaca ruangan tulisan darimejastabux hasil nukilan salah seorang rakan lama saya. Kash atau saya memanggilnya Boy, merupakan teman yang agak rapat ketika menuntut di Kolej Yayasan Pelajaran Mara (KYPMKL) dahulu. Apa yang menjadi kegemaran mahupun perkara yang menjadi kebencian, saling difahami masing masing. Kini setelah beberapa tahun tidak berjumpa, kadang kadang timbul rindu juga.

Sahabat datang dan pergi namun setiap mereka yang pernah singgah dalam hidup kita, setiap seorangnya membawa kenangan dan memori yang berbeza. Baik atau buruk, indah atau pahit, itu semua telah mendewasakan kita dalam lebih mengenal pelbagai peribadi manusia keliling..

Semoga persahabatan yang wujud hari ini kekal seiring usia kita. Saya sentiasa mempunyai harapan kecil di hati.. Jika ALLAH izinkan, biarlah sahabat sahabat baik yang ada pada hari ini, kekal menjadi sahabat saya di hari tua kelak. Sama sama menghabiskan usia, merenung kembali zaman remaja dan bergelak ketawa bersama bila teringatkan kebodohan dan keseronokkan yang telah kami tempuh dahulu.. Indah bukan?

Untuk sahabat sahabat yang pernah singgah di hati ini, lama mahu pun sekejap, istimewa mahu pun tidak, anda tahu siapa diri anda.. Kalian tidak pernah saya lupakan. Kenangan, memori dan kegilaan waktu dahulu dan keceriaan bersama rakan rakan hari ini, akan di bawa sehingga ke akhir nadi..

Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua..


Muslimah..

AsmidarShahrizal