Saturday, November 22, 2008

HANTARAN KAHWIN


Dah lama sangat tak meng'update' blog kesayangan ni. Ternyata blog ni semakin hambar dan sunyi dengan ceritanya. Lagi pulak, memang takde apa yang nak ditulis. Life is totally dull and bored lately. Cume dalam 3 minggu ni asyik sibuk dengan buat hantaran kahwin aje. Setakat tolong tolong. Pro-bono. Huhuhu..

Kelas pon dah mula. Rase macam dah malas nak study. And tak sabar nak menempuh alam pekerjaan. But takpelah kan.. As long as tak menyusahkan orang. Oklah. Malas nak tulis banyak banyak. Nak tengok gambar Koleksi hantaran kahwin yang kiteorg(Rupaul dan Asmidar) buat? Biase biase jer.. Baru nak mula buat sikit sikit.. Nak order? Murah jer... Memang tak mahal. RM 110.00 aje satu dulang. See... Tak mahal kan.. Ape ape pon harga boleh runding.. Sile lah pilih yer Cik Kiah!


Hantaran bertema hitam


Sireh Junjung bertemakan hitam


Hantaran bertema putih


Sireh Junjung bertemakan putih


Hantaran bertema biru


Sireh Junjung bertemakan biru


*Segala harga boleh dirunding. Jangan segan jangan malu untuk membuat tempahan anda hari ini!



AsmidarShahrizal



Saturday, November 8, 2008

BERSAMA TOGETHER MENDAPAT SAMBUTAN DI AUSTRALIA

Gambar ehsan dari blog rasmi IZ

Bintang baru berbakat besar, IZ kini semakin hangat dengan lagu BERSAMA TOGETHER. IZ yang giat berjuang nasib didalam negara sendiri, baru baru ini telah mendapat jemputan ke sesi temubual di SBS Radio Melbourne, Australia. Lagu BERSAMA TOGETHER telah mendapat sambutan hangat di kalangan pendengar SBS Radio Melbourne. Satu kejayaan yang amat dibanggakan. Siapa sangka lagu melayu nyanyian IZ mampu mendapat perhatian yang agak tinggi di stesen radio Australia. BERSAMA TOGETHER telah pun dimainkan lebih dari dua minggu di Stesen Radio SBS yang juga merupakan stesen radio rasmi negara itu.

IZ yang berada di Melbourne hampir selama seminggu sempat menjengah rumah yang lama ditinggal dan mengambil kesempatan untuk merehatkan diri. Mengenali sifat dan keperibadian IZ, beliau tidak akan betah untuk duduk diam tanpa merangka perancangan yang lebih kemas demi persiapan kelahiran album sulungnya pada tahun depan. IZ turut sempat menulis lagu single terbaru yang bakal dirakam, khas buat peminat peminatnya.

Semakin sibuk semenjak pelancaran album EP sulungnya, IZ tidak pernah berhenti rehat walau sekejap. Bagi anak muda ini, perjalanannya baru sahaja bermula dan masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan dipelajari. Tidak berat mulut dan tidak segan untuk bertanya menjadikan IZ semakin dikenali di kalangan artis artis muda mahupun yang sudah lama bertapak di dalam industri muzik. IZ merasakan begitu bertuah apabila sempat bertemu empat mata dan berpeluang mencedok beberapa tips dari Datin Seri Siti Nurhaliza sewaktu mereka berada di dalam kapal terbang yang sama ketika penerbangan ke Melbourne hari itu.

One In A Million 3 Roadshow@Tun Jugah yang telah berlangsung pada 1 november di Kuching, Sarawak turut diraikan IZ bersama Suki dan beberapa artis kelahiran rancangan realiti itu. Jadual dan rutin yang yang padat tidak menghalang IZ dari turun padang demi menjayakan roadshow tersebut disamping menghiburkan peminat peminatnya yang berada di Kuching, Sarawak. Kini IZ sedang sibuk meneliti proses pembikinan video klip sulungnya yang dijangka bakal siap dalam bulan November. Konsep video klip tersebut masih dirahsiakan dan semestinya para peminat IZ pasti lebih teruja menantikan kelahiran video klip sulung tersebut!


AsmidarShahrizal