Tuesday, September 2, 2008

TEMAN TIKA TUA



Diam tak diam, hari ini sudah masuk 2 hari berpuasa. Ramadhan datang sehari selepas sambutan kemerdekaan kita yang ke 51. Agak hambar sambutan tahun ini jika dibandingkan dengan tahun tahun sebelumnya. Sama ada kerana bajet ketat mahu pun kerana gelodak politik yang maha hebat bergolak kebelakangan ini, kemerdekaan tahun ini sememangnya mati. Tiada seri.


Baiklah. Cukup disitu tentang politik kita. Malas mahu mengulas lebih. Rasanya semua pun sudah maklum dengan situasi negara kita kini..

Perjalanan hidup agak sibuk akhir akhir ini. Banyak agenda dan pembaharuan yang terpaksa dicerna dan masih dalam proses penerimaan. Pahit, namun tidak dapat dibidas jauh dari realiti. Apa yang telah dan akan berlaku terpaksa dihadapi dengan otak yang cuba distabilkan dengan pendekatan pro dan kontra. Langit tidak selalu cerah. Bukan semua yang kita rancangkan menjadi lancar tanpa sebarang bongkah batu besar yang mampu menghadang perjalanan kita bukan? Jadi apa yang mampu dilakukan hanyalah redha dan cuba menerima sebaik mungkin pembaharuan itu..

Peranan rakan ketika otak sedang berkecamuk, sememangnya menjadi keutamaan. Namun bagaimana pula jika rakan yang diharapkan tidak mendatangkan tenang, sebaliknya menambah kekusutan. Rakan yang mementingkan diri sendiri, yang langsung tidak sensitif dengan keadaan orang lain dan rakan yang mempunyai berbagai bagai jenis 'angin'.

Mampu mengenal pasti pelbagai jenis karektor manusia, kadang kala memberi kelebihan pada diri kita dalam menilai sesebuah persahabatan itu. Sejauh mana kejujuran dan setinggi mana keikhlasan seseorang rakan itu. Secara jujur boleh dinyatakan disini, lebih banyak kekecewaan dari kebanggaan..

Agak lama semenjak kali terakhir saya meluangkan masa untuk membaca muka blog rakan rakan. Sehinggalah pagi ini, saya berkesempatan membaca ruangan tulisan darimejastabux hasil nukilan salah seorang rakan lama saya. Kash atau saya memanggilnya Boy, merupakan teman yang agak rapat ketika menuntut di Kolej Yayasan Pelajaran Mara (KYPMKL) dahulu. Apa yang menjadi kegemaran mahupun perkara yang menjadi kebencian, saling difahami masing masing. Kini setelah beberapa tahun tidak berjumpa, kadang kadang timbul rindu juga.

Sahabat datang dan pergi namun setiap mereka yang pernah singgah dalam hidup kita, setiap seorangnya membawa kenangan dan memori yang berbeza. Baik atau buruk, indah atau pahit, itu semua telah mendewasakan kita dalam lebih mengenal pelbagai peribadi manusia keliling..

Semoga persahabatan yang wujud hari ini kekal seiring usia kita. Saya sentiasa mempunyai harapan kecil di hati.. Jika ALLAH izinkan, biarlah sahabat sahabat baik yang ada pada hari ini, kekal menjadi sahabat saya di hari tua kelak. Sama sama menghabiskan usia, merenung kembali zaman remaja dan bergelak ketawa bersama bila teringatkan kebodohan dan keseronokkan yang telah kami tempuh dahulu.. Indah bukan?

Untuk sahabat sahabat yang pernah singgah di hati ini, lama mahu pun sekejap, istimewa mahu pun tidak, anda tahu siapa diri anda.. Kalian tidak pernah saya lupakan. Kenangan, memori dan kegilaan waktu dahulu dan keceriaan bersama rakan rakan hari ini, akan di bawa sehingga ke akhir nadi..

Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua..


Muslimah..

AsmidarShahrizal


2 comments:

GraFiQuE said...

Masih kah kau ingat akan diri ku? ahaks.. memang tak ingat pon, malah tak kenal.. ekekek

Lama gak aku tunggu, ader balik minah nih... pokabor? Harus berbuka kekenyangan.

Teman, mana hek berita kawan teman ari tuh?

kejay said...

askum....sahabat datang dan pergi...tetapi kakak mu ini tetap disini....sentiasa disisimu..ape2 pun jaga diri....