Saturday, November 8, 2008

BERSAMA TOGETHER MENDAPAT SAMBUTAN DI AUSTRALIA

Gambar ehsan dari blog rasmi IZ

Bintang baru berbakat besar, IZ kini semakin hangat dengan lagu BERSAMA TOGETHER. IZ yang giat berjuang nasib didalam negara sendiri, baru baru ini telah mendapat jemputan ke sesi temubual di SBS Radio Melbourne, Australia. Lagu BERSAMA TOGETHER telah mendapat sambutan hangat di kalangan pendengar SBS Radio Melbourne. Satu kejayaan yang amat dibanggakan. Siapa sangka lagu melayu nyanyian IZ mampu mendapat perhatian yang agak tinggi di stesen radio Australia. BERSAMA TOGETHER telah pun dimainkan lebih dari dua minggu di Stesen Radio SBS yang juga merupakan stesen radio rasmi negara itu.

IZ yang berada di Melbourne hampir selama seminggu sempat menjengah rumah yang lama ditinggal dan mengambil kesempatan untuk merehatkan diri. Mengenali sifat dan keperibadian IZ, beliau tidak akan betah untuk duduk diam tanpa merangka perancangan yang lebih kemas demi persiapan kelahiran album sulungnya pada tahun depan. IZ turut sempat menulis lagu single terbaru yang bakal dirakam, khas buat peminat peminatnya.

Semakin sibuk semenjak pelancaran album EP sulungnya, IZ tidak pernah berhenti rehat walau sekejap. Bagi anak muda ini, perjalanannya baru sahaja bermula dan masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan dipelajari. Tidak berat mulut dan tidak segan untuk bertanya menjadikan IZ semakin dikenali di kalangan artis artis muda mahupun yang sudah lama bertapak di dalam industri muzik. IZ merasakan begitu bertuah apabila sempat bertemu empat mata dan berpeluang mencedok beberapa tips dari Datin Seri Siti Nurhaliza sewaktu mereka berada di dalam kapal terbang yang sama ketika penerbangan ke Melbourne hari itu.

One In A Million 3 Roadshow@Tun Jugah yang telah berlangsung pada 1 november di Kuching, Sarawak turut diraikan IZ bersama Suki dan beberapa artis kelahiran rancangan realiti itu. Jadual dan rutin yang yang padat tidak menghalang IZ dari turun padang demi menjayakan roadshow tersebut disamping menghiburkan peminat peminatnya yang berada di Kuching, Sarawak. Kini IZ sedang sibuk meneliti proses pembikinan video klip sulungnya yang dijangka bakal siap dalam bulan November. Konsep video klip tersebut masih dirahsiakan dan semestinya para peminat IZ pasti lebih teruja menantikan kelahiran video klip sulung tersebut!


AsmidarShahrizal


No comments: