Friday, August 22, 2008

MAJLIS PELANCARAN ALBUM SINGLE EP IZ 'ONE IN A MILLION'



Cover album EP IZ

Pada petang khamis seminggu yang lepas, 14.08.2008, bertempat di Bangkok Jazz Chulan Square, majlis Pelancaran Album Single EP IZ One In A Million Musim ke-2 telah berlangsung dengan sederhana namun meriah. Di hadiri oleh orang orang media yang terkenal dan penyokong kuat IZ di dalam industri muzik iaitu ahli keluarga IZ sendiri, majlis itu telah diserikan lagi dengan penyampaian lagu dari trek pertama album EP beliau yang turut disematkan sebagai tajuk albumnya iaitu "Gonna Be Alright".

IZ genap 25, telah menetapkan haluan kariernya ke satu fasa yang baru di dalam hidupnya apabila melangkah ke era suku abad pada tahun ini. Agenda berani yang telah dirangka sejurus selepas tersingkir dari One In A Million pada Februari yang lepas telah direalisasikan dengan lahirnya album EP ini. Terlebih dahulu IZ telah pun melancarkan album EPnya secara online tepat jam 8.00 malam pada 08.08.2008 yang lepas. Turut menampilkan pelakon popular wanita Nora Danish, IZ telah membuat kejutan buat para peminatnya apabila merakamkan sebuah lagu berjudul "Bersama Together Featuring Nora Danish" bersama Nora Danish yang tidak pernah ditonjolkan bakat menyanyinya bersama mana mana artis sebelum ini. Ternyata cubaan berani IZ telah berjaya membawa nafas baru dan sekaligus membuktikan beliau tidak takut mencuba sesuatu perkara yang baru.

"Gonna Be Alright" merupakan balada yang diolah dan diinspirasikan dari pengalaman hidup IZ, penuh dengan mesej positif kepada peminatnya bahawa kegagalan di dalam sesuatu perkara bukanlah bermakna ianya suatu pengakhiran. Single ini telah menyatakan keseriusan dan komitmen tinggi IZ di mana hasilnya boleh dilihat dalam masa hanya lebih kurang 3 minggu untuk disempurnakan, karya terbitan dan tulisan IZ sendiri. Keseluruhan proses rakaman muzik untuk album EP ini dirakamkan di Sydney, Australia manakala vokal IZ pula dirakamkan di Kuala Lumpur. Nick Lee (Pemenang Anugerah Rakaman Album Terbaik AIM15) dari The Ark Studios, Kieran Kuek dari TwoAM Studio KL dan juga Adam Luck dari ADMA Studios Australia telah mengambil langkah yang amat teliti di dalam proses proses rakaman dan kerja kerja 'mixing' serta 'mastering' untuk album EP ini.

"Saya mendapat inspirasi untuk menulis lagu "Gonna Be Alright" ini sejurus selepas saya tersingkir dari OIAM2. Lagu ini adalah gambaran karektor saya sebagai seorang yang tidak mudah mengaku kalah. Saya harap lagu ini dapat memberi impak positif kepada orang di luar sana supaya tidak memandang kekalahan dan kekecewaan sebagai satu musibah, sebaliknya haruslah diterima dengan sabar, tenang dengan penuh keazaman. saya ingin mendedikasikan lagu ini kepada peminat dan juga para penyokong saya serta mahu mereka tahu.. that "I`m Gonna Be Alright!" terang IZ dengan yakin.

Yakin dengan mesej yang hendak disampaikan kepada para pendengarnya, IZ telah terdorong untuk merakamkan "Gonna Be Alright" di dalam versi Mandarin "会好的 (HUI HAO DE)" khas buat peminat peminatnya yang berbangsa Cina. Usaha mendapatkan bantuan guru bahasa Mandarin dilihat menampakkan hasil yang tidak sia sia apabila sebutan dan bahasa Mandarin IZ kedengaran begitu lancar apabila beliau menyanyikan lagu ini. Ternyata anak muda ini tidak mudah berpuas hati dengan sekadar melahirkan album EP berbahasa Melayu dan Inggeris.

C. Loco dari Poetic Ammo turut menyumbangkan suara di dalam trek nombor tiga melalui sebuah lagi lagu ber'genre'kan 'house music'. Disatukan dengan elemen rentak hip-hop yang bertajuk "Gonna Be Alright Club Mix Feat. C. Loco", IZ sekali lagi mengejutkan peminatnya apabila beliau turut menyanyi rap buat pertama kali di dalam lagu ini.

Juri OIAM2, Syafinaz Selamat, menyokong hasrat IZ untuk meneruskan perjuangan dan minat mendalamnya untuk menjadi seorang penghibur. "Saya pasti IZ akan membawa satu perubahan baru yang lebih segar di dalam industri muzik tempatan dengan imej serta vokalnya yang unik. Sebagai juri OIAM2, kami ingin memberikan pendedahan kepada finalis finalis tentang caraban yang bakal dihadapi mereka jika mereka berhasrat untuk pergi jauh di dalam bidang ini kelak. Semasa penglibatan IZ di dalam OIAM2, dia turut membuktikan bahawa dia tidak gentar apabila berada di bawah tekanan dan ketika dilanda kontroversi, malah ini menaikkan lagi semangatnya untuk berjaya. Pelancaran album EP ini membuktikan kebangkitan IZ untuk kembali secara serius dan tampil lebih lantang setelah disingkirkan daripada Top 9 OIAM2. Ini adalah satu perkembangan yang positif!" Kata Syafinaz.

Keazaman IZ tidak berhenti di sini shaja, beliau sudah pun memulakan proses proses penulisan dan kerja kerja rakaman untuk album penuh beliau yang akan menampilkan kolaborasi bersama para pemuzik tempatan dan antarabangsa. Ianya bakal dipasarkan pada tahun 2009.

Promosi bergerak bagi album EP sulung IZ "Gonna Be Alright/
会好的 ini dirancang akan dijalankan di seluruh Malaysia pada bulan ini.

Kepada peminat IZ diluar sana, jangan lupa untuk mendapatkan album EP sulung dari IZ yang bertajuk
"Gonna Be Alright/会好的 yang boleh didapati di semua kedai kedai muzik di seluruh Malaysia dibawah edaran Sony BMG Malaysia. EP ini juga boleh dimuat turun secara digital dari laman web guamuzik.com.my atau melalui laman WAP SonyBMG yang boleh diakses melalui telefon bimbit dengan menaip MUSIC dan hantar ke 33138.

Untuk maklumat lanjut tentang IZ dan album EP sulungnya ini, sila lawati web rasmi IZ di www.iz-one.com atau blog peribadinya www.imborntosingsongs.blogspot.com


IZ di depan 'entrance' Bangkok Jazz


Ruang berlangsung acara pelancaran


'Bar area'


Sofa dihiasi dekorasi cantik


Hisham Albakri bersama Baki personaliti 8tv

'Me' bersama Baki personaliti 8tv



AsmidarShahrizal


No comments: