Sejak kebelakangan ni, sejak macam macam bende yang dah terjadi, aku rase makin lost. Bukan lost as in tak tahu nak pegi mane. But lost as in im keeping myself busy wif so many things. Lost sebab dah terlampau banyak keje yang aku buat. Berbagai projek aku involve. Ade yang libat duit dan ade yang pro-bono. And aku redah aje buat semua bende. Macam dah takde fokus dan dah takde haluan yang tetap.
Ade kawan yang cakap bagus dan ade jugak kawan yang cakap, "Ko ni dah macam gile kuasa aku tengok. Sumer bende nak buat. Ko kene ade fokus untuk buat sumthing. Ko tak boleh tamak dan buat semua bende. Nanti satu pon tak menjadi." Hmm... Memang betul cakap kawan aku tu. But for the moment, aku perlukan ape sahaja untuk terus buatkan aku bergerak. Juz to distract my attention from thinking n fall into deep depression. I dun want dat to happen. But, does it really work?
Secara jujurnya, aku rase aku masih lagi tak boleh alih perhatian aku dan terima hakikat yang 'dia' dah takde. 'Dia' dah hilang. 'Dia' dah tak kenal aku. Dan 'dia' dah taknak kenal aku. "Astghfirullah hal a'zim.. Subhanallah.." Tiap kali persoalan ni datang dalam kepala aku, aku macam orang meroyan meratib dengan segala zikir yang aku ingat. Hanya untuk cube usir ingatan ingatan macam tu. Ingatan yang cukup sakit walau hanya sekadar ingatan tu kadang kadang hanya lalu aje.
Hidup selama 6 tahun bukan singkat. Sepanjang 6 tahun tu macam macam bende yang dilalui. Lebih banyak air mata dari senyum tawa. Tapi aku cekalkan jugak hati. Sabar. Doa. Ikhlas menerima. Dengan harapan, Insyaallah.. Mungkin aku derita sekarang tapi bahagia di hadapan. Namun.. Sudahnya? Mungkin bukan kerana sakit ditinggalkan yang asyik menganggu aku, tapi kerana hakikat kemampuan seseorang yang telah berjanji, bersumpah dan telah menjadi orang yang cukup baik selama 6 tahun, rupa rupanya seorang penipu.
Aku rase macam hidup selama 6 tahun ni macam mimpi. Bila rupanya, takde satu pun memori yang aku ade bersama dia selama 6 tahun ini adelah benar. Semuanya hanyalah satu rekaan. Satu dongeng yang penuh penghayatan, disulam dengan angan angan indah, ditabur dengan kata kata cantik, dan didodoi dengan tingkah laku yang umpama tiada cacat cela membuai buai aku selama 6 tahun. "SUBHANALLAH" Hebat sungguh lakonan dia. Inilah halnya yang menghantui aku siang malam. Satu kenyataan yang takkan mampu aku cerna walaupun sehingga mati. Berbagai soalan yang takkan mampu aku saingi dengan akal fikiran ku yang serba lemah ni. Aku lemah sangat sangat.. Aku tak mampu lupakan 'dia'..
YA ALLAH YA TUHANKU.. YA ALLAH YA RAHMAN.. YA ALLAH YA RAHHIM.. YA ALLAH YA A'ZIZ.. YA JABBAR.. YA MUTAKABBIR.. YA ZALJALA LI WAL IQRAM.. SESUNGGUHNYA AKU BERIMAN KEPADA MU YA ALLAH... SESUNGGUHNYA AKU CINTA DAN AKU IKHLAS PADA MU YA ALLAH.. BERIKANLAH AKU KEKUATAN.. BERIKANLAH AKU SEMANGAT UNTUK MENGHARUNGI SEMUA INI YA ALLAH.. REDHA KAN LAH DIRI KU WALAUPUN HATI KU SUKAR MENERIMANYA YA ALLAH.. IKHLAS KAN LAH DIRI KU WALAUPUN JIWA KU DERITA KERANANYA YA ALLAH.. BERIKANLAH YANG TERBAIK BUAT DIRI KU.. TUNJUKKANLAH JALAN YANG TELAH ENGKAU TETAPKAN BUAT KU.. KERANA ENGKAU ADALAH TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI MENGATASI SEGALA KUASA YANG ADA DI DUNIA DAN AKHIRAT INI..
Amin..
AsmidarShahrizal
1 comment:
sedih baca blog akak nie....ginilah kak kiter orang puan kak...kena tipu ker tok laki jer siang malam...kata nok gie kelaut rupanya gie sepadan Siam main tini....nilah nasib wanita2 yang bersuamikan jejaka lidah bercabang kak...sabar lah kak jangan dok pikir sangat pasal org laki nie, pikirlah pasal anok2 yang makin membesor tu yer
Post a Comment