Pernah ada masalah dengan ibu bapa anda? Ataupun anda mempunyai hubungan mesra yang amat sempurna dengan ibu bapa anda? Atau hanya kelihatan sempurna seperti didalam potret potret keluarga yang seringkali memaksa kita senyum beraksi di depan kamera sedangkan di dalam hati hanya Tuhan yang mengetahui gelodaknya.
Bagaimana? Ada berani untuk luah dan kongsi perasaan sebenar terhadap ibu bapa anda di depan orang lain? Atau anda berasa takut kalau dituduh sebagai anak yang tidak menghargai ibu bapa dan tidak pandai menutup perasaan sehingga sanggup memalukan ibu bapa sendiri dengan membuka kekurangan dan kesilapan mereka?
Tapi.. Kalau tidak dikongsi, anda boleh jadi gila, hilang arah, memberontak dalam diam, depresi melampau dan juga boleh membawa anda ke arah pemikiran gelap dan sekaligus menjejaskan proses kematangan anda.
Anda seringkali berasa tersisih berbanding adik beradik lain? Ataupun ibu anda lebih menyayangi abang sepupu anda yang dulu kadang kala dibela olehnya ketika sepupu anda masih kecil? Apa sahaja pendapat atau perbincangan yang berlaku diantara anda dan ibu, akan sentiasa berakhir dengan pergaduhan ataupun paling kurang ibu anda akan mengakhirinya dengan menuduh anda sebagai anak yang jahat dan derhaka hanya kerana pendapat anda tidak menyokong kata kata ibu anda di dalam sesuatu perbincangan itu. Sebaliknya jika ibu anda bersembang dan berbincang dengan anak saudara yang disayanginya, dan jika anak saudara itu tidak bersetuju dengan kata kata ibu anda, tidak pula ibu anda memarahinya jauh sekali menyumpah seranahnya sebagai kurang ajar atau derhaka. Adil atau Tidak?
Kalau anda menjawab kepada ibu anda dalam erti kata memperbetulkan kata kata atau perbuatan ibu anda, anda akan dimarahi dan dihukum sebagai derhaka. Jika anda berdiam diri dan memendam sakit hati terhadap ibu anda pun anda masih dikira berdosa. Dimana keadilan bagi anda yg bergelar anak? Adakah peluang untuk anda masuk Syurga kelak, jika anda terang terang sudah dicop sebagai derhaka oleh ibu sendiri? Jadi apa guna segala amal jariah dan ibadat anda selama ini sedangkan di dalam Islam sudah berkata "tidak cium bau syurga bagi anak anak yang derhaka terhadap ibunya." Angan angan untuk hidup senang? Rata rata anak yang membawa cop kebesaran derhaka memang sudah diketahui nasib mereka. Sama ada hidup susah tidak pernah senang ataupun hidup senang dan kaya tapi tidak berkat dan tidak pernah tenang..
Bila difikirkan kembali, sungguh beruntung anak anak yang mempunyai ibu bapa yg begitu 'sporting' di dalam semua hal kehidupan. Cuba bayangkan, anak anak remaja yang sudah baligh yang begitu lepas laku, minum arak, 'clubbing', berkepit dengan teman lelaki dan teman wanita masing masing ke situ ke sini, tapi semua itu dilakukan tanpa selindung dari ibu bapa mereka. Maksud di sini ialah, mereka begitu bebas tapi semua itu dilakukan setelah mendapat lampu hijau dari ibu bapa mereka. Ibu bapa hanya sekadar menegur, memberi tahu baik buruk tapi langsung tidak marah kerana menyedari yang anak mereka sudah dewasa dan sudah memahami erti tanggungjawab.
Bayangkan situasi itu, sungguhpun remaja itu melakukan dosa, tapi remaja itu masih tidak DERHAKA kepada ibu bapa mereka. Dan kita semua maklum, dosa apa sekalipun yang dilakukan, dan jika seseorang itu bertaubat maka Tuhan akan mengampunkan dosa dosanya tidak mengenal besar atau kecil dosa tersebut. Tetapi jika seseorang anak itu DERHAKA terhadap ibu bapanya, maka sememangnya dia akan berada di dasar neraka tanpa sebarang keraguan lagi melainkan ibu bapanya mengampuni perbuatannya yang dianggap derhaka itu. Sesungguhnya amat beruntung bagi anak anak yang mempunyai ibu bapa yang tidak pernah marah, kecil hati atau sakit hati dengan perlakuan anak anak mereka..
Sejauh mana kesahihannya... Hanya kita yang tahu mengikut definisi yang tergumpal di dalam jhiwa masing masing.. Wallahua'llam..
AsmidarShahrizal
1 comment:
tak pe la ahkak....kan kita dah janji nk duduk rumah orang2 tua sama2.....biar la jd cam tak ade femeli....uhukkkssss
Post a Comment