4th July 2008
Lama saya ambil masa untuk menulis kali ni. Mungkin 'writers block' mungkin juga kerana tiada mood untuk menulis. Atau mungkin juga kerana kebelakangan ni tak ada perkara menarik yang terjadi di dalam hidup saya. Rutin harian diteruskan seperti biasa saja. Tak ada apa apa yang istimewa. Pergi kelas, balik kelas, tetap online walaupon tak chat dgn sesiapa dan kemudian 'menghantui' kak Rupaul atau Tompel pada waktu petang atau malam. Kadang kadang saya jadi agak takut kalau kalau kakak Rupaul dan Tompel menjadi bosan bila hampir setiap hari mengadap muka saya. Hahahaha.. I hope dat wont happen.. But who knos rite..
Kalau tidak menonton wayang kami akan makan malam bersama. Tidak terlalu cerewet dalam memilih tempat makan, memudahkan kami untuk duduk melepak berjam jam dan bergelak ketawa tentang berbagai topik di mana mana sahaja. Banyak yang dikongsikan. Cerita, jenaka, gosip, berita tak penting sehinggakan isu isu topik semasa, semua pon kami bentangkan. Semakin meningkat usia kini, kadang kadang menjadikan saya lebih pasif dalam kehidupan. Tapi mujurlah dengan hadirnya hobi baru yang lebih thrill, membuatkan saya tidak senang duduk diam tiap kali tahu akan ada aktiviti 'Treasure Hunt' yang akan diadakan. Insyaallah, kali ni kami berempat akan mengambil bahagian di dalam 'Treasure Motor Hunt' yang bakal berlangsung sekitar bulan ogos.
Diam tak diam, kita sudah pon sampai ke bulan Julai. Kebiasaannya bulan Julai akan sentiasa menjadi bulan yang agak penting pada saya. Kenapa ya? Mungkin sebab banyak hari lahir orang orang yang penting di dalam hidup saya berada di bulan Julai. Mungkin diantara salah satu sebabnya lagi, hari lahir saya juga jatuh di bulan Julai. Bakal menginjak usia ke 25 tahun.. Hmm.. Terasa gigil sejuk. 'Quarter Life Crisis?' Mungkin juga ya, mungkin juga tidak. Seperti yang orang selalu katakan, its juz a figure. Mungkin. Tapi bagi saya, its sumthing dat i shud worry about. Umur sudah 25, tapi masih terkapai kapai nak habiskan degree. Kerja belum. Rumah sendiri belum. Kereta sendiri belum. Tiada jaminan masa depan yang boleh saya banggakan.. Sedih? Kecewa dengan diri sendiri? Malu dengan kawan kawan dan saudara mara? Sememangnya YA! Mungkin ALLAH SWT menjanjikan perkara yang lebih baik untuk saya di masa hadapan? Insyaallah.. Hanya mampu berdoa mengharapkan Tuhan mempermudahkan hari hari yang bakal datang. Dats the least i can do. Selebihnya, niat, usaha, tawakkal dan tawadhuq kena seiring.. Insyaallah..
Apa apa pun, saya sentiasa percaya setiap insan akan ada episod bahagia mereka masing masing. Mungkin hari ni mereka di bawah tapi mungkin besok mereka melonjak naik. Yang perlu hanya usaha dan banyak bersabar. Kepada mereka yang menyambut hari lahir di dalam bulan Julai ini, saya ucapkan selamat ulang tahun dan semoga bahagia selalu dan berjaya di dalam hidup. Tugas saya masih belum habis di sini. Masih banyak yang perlu saya selesaikan dan tempuh. Untuk anda yang membaca, semoga anda lebih kuat dan bersedia menghadapi apa saja di dalam hidup..
Quarter Life Crisis..??! Bring it on..!!
-Menghantui = menggangu/perbuatan yang berulang.
AsmidarShahrizal