Tuesday, July 8, 2008

LONG-DISTANCE RELATIONSHIP.. PEDIH ATAU SEDAP?




Cinta jarak jauh. Pedih atau sedap? Banyak orang mengatakan sakit! Ada juga yang mengatakan so-so sahaja.. Tak sedap dan tidak begitu menyakitkan. Tapi apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan long-distance relationship ini? Adakah perlu ada kuantiti jarak tertentu yang baru dikira sebagai long-distance relationship. Ataupun wajib bagi mana mana pasangan untuk berpisah dan duduk di lain lain negeri baru boleh dikira sebagai cinta jarak jauh?

There are so many definitions for long-distance relationship. Namun pengertian sebenar cinta jarak jauh ini hanya diketahui dan didalami oleh mereka yang benar benar berada di dalam situasi itu. Ada yang excited dan tak kurang juga yang depress. Ada yang begitu commited membuat jadual kekerapan untuk berdating dan menghabiskan masa bersama di waktu waktu yang telah ditetapkan. Malah ada juga yang langsung tidak bertemu bertahun tahun lamanya dan sekadar melepas rindu di telefon. Nyata sekali selain dari kemudahan berchatting dan email, telefon adalah medium yang amat penting di dalam long-distance relationship ini.

Tidak banyak pasangan yang sanggup melalui cinta jarak jauh tanpa bertemu untuk satu jangka waktu yang tertentu. Di sinilah datangnya pedih, bila salah seorang dari pasangan tidak bersungguh sungguh untuk mencari ruang untuk berjumpa. Bercakap dari pengalaman sendiri, saya secara peribadi telah lama melalui long-distance relationship ini. Pada mulanya memang payah untuk menerima hubungan begini. Terutamanya apabila melihat kawan kawan kemaruk bercinta tak lena tidur, menunggu hari untuk berdating bersama kekasih masing masing. Tentunya saya menjeruk rasa melihatkan semua itu. Menangis, tertekan dan kesunyian, semua itu telah pun saya tempuh dengan segala kepayahan. Alah bisa tegal biasa, selepas lima tahun setengah di dalam hubungan ini, saya sudah kebal dengan apa jua dugaan dan cabaran. Bernasib baik kerana mempunyai seorang teman lelaki yang penyayang dan sanggup bersabar menahan panas baran saya, i have no further complaints..

Tentunya kadang kala kesabaran diuji dengan berbagai cara, sama seperti pasangan lain saya juga bergaduh dan berselisihan faham. Tapi mungkin kerana ikatan yang kuat, berkali kali cuba berpisah namun pengakhirannya kami masih kekal bersama. Ramai yang mengatakan saya bodoh kerana menunggu si dia, tapi siapa tahu mungkin takdir saya bersamanya. Walaupun perit dan lima tahun setengah bukanlah satu jangka masa yang pendek, saya kira tidak rugi kalau saya menunggu untuk sedikit masa lagi jika si dia betul betul istimewa..

Hubungan cinta sememangnya sudah complicated, ditambah lagi dengan versi long-distance relationship, tidak menjadikan semua orang berani dan tabah mengharunginya. Apa yang pasti, sanggup atau tidak, terletak pada individu itu sendiri dan juga bergantung kepada sejauh mana tahap keseriusan pasangan tersebut dalam bercinta. Jika anda betul betul serius dan commited, kenapa tidak? Bukan semua cinta jarak jauh itu negatif..

Saya percaya setiap orang telah ditentukan takdir kebahagiaan masing masing. Bergantung kepada jalan mana yang diambil dan apa cara yang dipilih, itu duduk letaknya pada kemampuan dan kesanggupan seseorang itu. Kita tidak boleh dipaksa dan kita tidak sepatutnya membenarkan diri kita dipaksa. Kesilapan sentiasa boleh diperbetul sebelum terlambat. Mungkin kadang kala kita harus membuat pengorbanan dalam membuat pilihan yang tepat. Apa yang kita benar benar mahu? Pedih atau Sedap? Maka tepuklah dada dan tanyalah hati sendiri..


P/s: To whom dis may concern. I wanna see some efforts.. I wont be waiting forever..


AsmidarShahrizal


No comments: