Wednesday, July 2, 2008

KENAPA KLASIK..


2nd July 2008

Rhamai yang bertanyakan kenapa konsep blog ini sungguh berbeza dari blog blog lain. Iya.. Memang sengaja saya bhawakan sedikit kelainan di dalam penulisan saya kali ini. Dari ghaya penulisan, chara susunan sehingga ke lagu tema. Mungkin tidak begitu besar bezanya dengan blog blog lain, tapi cukop sekadar membhawa nafas bharu yang kadang kadang di-perlukan di dalam era pembacaan kita.

Konsep melayu klasik. Saya tergelak sendhiri bila di-tanyakan oleh kawan kawan, "sejak bila kau suka lagu lagu klasik ni..?" Sebenarnya, saya sentiasa meminati lagu lagu melayu klasik. Malah sejak kechil lagi jhiwa saya sememangnya lebih klasik dari sepupu sepupu yang sama membesar bersama saya.. Tapi, kerana mungkin saya tidak pernah ada usaha untuk menghafal dan mengingati tajok tajok lagu dan nama nama penyanyi lagu lagu klasik maka orang mungkin tidak tahu yang saya meminati lagu lagu klasik.

Arwah ibu saudara saya merupakan seorang peminat setia lagu lagu klasik melayu dan lagu lagu tradisional melayu. 'Mak' selalu menari nari dengan tangannya mengikut lenggok lagu yang berkumandang. Oleh kerana rapat dgn arwah 'Mak', mungkin itu telah mendorong minat saya untuk mendengar lagu lagu klasik. Kaset pertama saya beli semasa darjah tiga ialah "Koleksi Lagu-Lagu Melayu Deli." Sungguh kelakar bukan?

Sudah lebeh tiga tahun 'Mak' meninggalkan kami. 'Mak' tidak pernah berkahwin, kami lah anak anaknya.. Penyakit 'Kanser Hati' telah mengambil 'Mak' dari kami di usia 54 tahun.. Walaupon 'Mak' dah tak ada, tapi saya maseh lagi coba mengingati 'Mak' melalui lagu lagu melayu klasik kegemaran 'Mak'. Dengan chara itu, 'Mak' akan kekal hidop di-dalam jhiwa dan blog saya..

Maka terjawab sudah kenapa blog saya sedikit sebanyak berkonsepkan melayu klasik. Kadang kala, kita perlu lakukan sesuatu untok mengingati orang orang yang pernah singgah dan telah menyentoh hati kita. Di-sini, di-dalam blog ini akan saya coba sedhikit sebanyak untok membawa kita semua merentas whaktu dan mengingati orang orang yang telah tiada di-dalam hidop kita.. Semoga esok apabila kita telah tiada, akan ada insan lain pula yang akan terus mengingati kita..

p/s: Trima kaseh pada kakak Rupaul yang telah menchetuskan kembali minat saya di-dalam lagu lagu klasik. Pengetahuan anda yang begitu dalam di-dalam lagu lagu mendorong saya untok menulis blog ini..


AsmidarShahrizal..

No comments: