1st July 2008
10.00am
Segala puji puji bagi ALLAH S.W.T yang telah meniup nafas dan yang telah mengambilnya semula bila bila masa yg DIA kehendaki.
Baru sebentar tadi, saya telah dikejutkan dengar berita kematian nenek saudara yang tinggal di Ipoh. 'Opah'.. Begitulah nama yang dipanggil oleh setiap cucu arwah. Baik cucu kandung mahupun cucu saudara ataupun cucu yang bau bau bacang sahaja, tetap panggilan 'Opah' meniti di bibir mulut setiap anak anak muda yang berpangkat cucu.. Arwah tak pernah bezakan kasih sayang antara cucu cucu beliau. Saya sendiri, mahupun hanya berpangkat cucu saudara namun masih dimanjakan oleh arwah..
Bermain di bendang yang tidak sampai empat langkah dari pintu dapur arwah, masih segar dalam ingatan saya bagaimana kami adik beradik dan cucu cucu arwah meniti di batas sawah. Semestinya saya yang paling manja dan takkan pernah berani untuk mencelupkan kaki ke dalam sawah kerana takutkan lintah dan pacat.
Walaupon hanya tinggal di rumah teres kecil berbilik dua, 'Opah' sentiasa tersenyum lebar menyambut kedatangan kami di muka pintu. Malah, masih saya ingat pada satu ketika kami semua pergi bercuti di Kg. Simpang Empat Gunung Semanggol(rumah 'Opah' disitu), dan ayah tiba tiba nak tidur di hotel yg berdekatan sebab tak mahu menyusahkan 'Opah' menyiapkan tempat tidur kami, sejurus selepas itu salah seorang dari anak 'Opah' telefon dan beritahu 'Opah' merajuk dan berasa kecil hati dengan ayah. Ayah pula dengan rasa bersalah terus cancel check-in di hotel dan terus pegi ke rumah 'Opah'. Bila terkenang kembali keadaan itu, saya rasa sebak. Keikhlasan dan kebaikan 'Opah' menyentuh hati saya.
Masakan 'Opah' memang sedap. Walaupun tidak mewah, tak ada ayam atau daging kadang kadang, tetapi lauk gulai ikan sawah beserta ikan sepat pekasam digoreng rangup diperah pula air limau dan nasi dari padi belakang rumah yang ditampi dan ditumbuk sendiri oleh 'Opah', memang terasa keenakkannya..
Sekarang 'Opah' dah tak ada.. Saya sendiri lupa bila kali terakhir saya berjumpa dengan 'Opah'. Tapi yang pasti dan terus kekal dalam ingatan saya ialah, saya manja dengan 'Opah'. Walaupun di usia yg telah menjangkau 25 ini, saya masih memeluk 'Opah' setiap kali berjumpa dengannya dulu.. Insyaallah, 'Opah' akan tetap berada di dalam setiap ingatan saya dan cucu cucunya yang lain. Kebaikan 'Opah' semasa hayatnya akan kami kenang sehingga bila bila.. Semoga 'Opah' tenang di sana..
-YA ALLAH YA TUHANKU. KAU CUCURILAH RAHMAT KE ATAS ROH OPAH KU. TEMPAT KAN LAH DIA DIKALANGAN ORANG ORANG YANG BERIMAN. JAUHKANLAH AZAB SEKSA KUBUR DARI OPAH KU. LAPANGKANLAH KUBUR NYA YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI AKAN SESUATU PERKARA YANG TERSEMBUNYI DAN ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI.. AMIN.-
No comments:
Post a Comment